
Pajak Kereta Sewa Malaysia 2026 – Alpianza Car Rental
Anda ada kereta yang jarang guna? Atau nak buat pendapatan tambahan melalui kereta sendiri?
Di Alpianza Car Rental, kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk pajak kereta kepada syarikat kereta sewa kami.
Syarikat kami telah beroperasi lebih 13 tahun sejak 2012 dan menerima pemajak kereta dari seluruh Malaysia.
Apa Itu Pajak Kereta?
Pajak kereta bermaksud pemilik kereta menyerahkan keretanya kepada syarikat kereta sewa untuk diuruskan dan disewakan kepada pelanggan. Pemilik kereta akan menerima komisen setiap bulan sepanjang tempoh kontrak.
Siapa Yang Layak Pajak Kereta?
- Pemilik kereta tahun 2023 ke atas
- Individu yang ingin menjana pendapatan tambahan
- Pemilik kereta yang jarang menggunakan kereta
Model Kereta Yang Sesuai Untuk Pajak
- Perodua Myvi
- Perodua Bezza
- Perodua Alza
- Toyota Vios
- Toyota Innova
- Hyundai Starex
- Toyota Vellfire
Kelebihan Pajak Kereta
- Bayaran bulanan bank ditanggung syarikat
- Roadtax dan insurans ditanggung
- Kos servis dan repair ditanggung
- Urusan saman dan kemalangan diuruskan
- Pemasangan GPS disediakan
Komisen Pajak Kereta
Pemilik kereta akan menerima komisen sekitar RM200 – RM500 sebulan bergantung kepada model kereta.
Tempoh Kontrak
Minimum kontrak pajakan adalah 2 tahun.
Hubungi Kami
Encik Nizam

Alphard 2.5 2020 dan Velfire 2.5 2021 boleh dipajak kah?
boleh
Saya bminat pajak
keta sy honda accord 2017 dan toyota harrier 15/18
boleh..sila cek emel
myv std tahun 2014.. bole terima ke?? mohon wasap sy 0167774077
ok..
Saya berminat tapi kereta saya tahun 2015 adakah tidak layak?
tahun 2015 ke atas..boleh,pihak kami telah pun berhubung dgn tuan melalui emel.
atau tuan boleh terus hubungi kami : 013 3089349
Saya berminat utk sambung bayar kereta myvi model
2018 colour purple ni. Depo brp? Keta ada mane? Mileage brp
maaf puan..kami syarikat kereta sewa,bukan syarikat “sambung bayar”
Saya berminat nak pajak kereta saya…sy ada sebuah Honda Jazz 2016 dan Bezza 2016
Terima Kasih kerana berminat..Puan boleh berhubung dgn wakil kami