
PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN ?
Salam Hormat,
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Kali ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan tentang untung rugi konsep pajakan kereta sewa. Soalannya agak menarik kerana ia melibatkan pengiraan yang sedikit teknikal. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, elok saya terangkan konsep pajakan kereta sewa di syarikat saya (ALPIANZA CAR RENTAL). Konsep pajakan di syarikat saya mungkin agak berbeza dengan syarikat lain. Konsep pajakan adalah seperti berikut;
- Pemajak perlu membeli kereta setelah berbincang dengan wakil kami Alpianza Car Rental
- Pembelian adalah secara perkongsian 50/50. Maknanya pemajak hanya perlu membayar separuh modal untuk membeli kereta manakala selebihnya ditanggung oleh Alpianza Car Rental.
- Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh Alpianza CarRental.
- Alpianza Car Rental akan menguruskan bayaran ansuran, insuran, cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan.
- Tempoh pajakan maksimum 5 tahun atau 200 000km.
- Wang pajakan dibayar sebanyak RM200-RM300 mengikut model kereta selama 8 bulan setiap tahun.
- Kutipan sewa selama 4 bulan akan digunakan untuk memperbaharui insuran, cukai jalan dan penukaran alat ganti kereta yang telah rosak.
- Selepas tamat tempoh pajakan, kereta berkenaan perlu dijual dan hasilnya di bahagi 2 di antara pemajak dan Alpianza Car Rental.
BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN?
Sebagai contoh setelah berbincang, pemajak dan pihak syarikat bersetuju untuk berkongsi membeli sebuah kereta Proton Saga 1.3 (A) berharga RM45,000. Tempoh pinjaman bank adalah selama 7 tahun dengan kadar faedah 5% setahun. Jadi
- Bayaran muka 10% x RM 45,000 = RM 4500
- Modal setiap pihak = RM 4500/2 =RM 2250
- Pinjaman bank RM 45,000 – RM 4500 = RM 40,500
- Jumlah kadar faedah 5% x RM 40,500 x 7 tahun = RM 14,175
- Jumlah Pinjaman RM 40,500 + RM 14,175 = RM 54,675
- Ansuran bulanan RM 54,675/84 bulan = RM 650.90
Ok secara ringkasnya pemajak hanya mengeluarkan modal sebanyak RM 2250 untuk membeli sebuah kereta. Sebelum saya menerangkan pulangan pelaburan terhadap pajakan kereta, mari kita bandingkan sekiranya wang berkenaan dilaburkan di dalam saham dengan pulangan 15% setahun. Secara ringkasnya pulangan pelaburan berkenaan ditunjukkan dalam rajah di bawah;
Berdasarkan pengiraan compounding interest 15%, pemajak akan mempunyai wang sebanyak RM 4741.15 selepas 5 tahun membuat pelaburan. Jadi Return of Investment (ROI) adalah sebanyak :
(RM 4741.15 – RM 2250)/RM 2250 x 100% = 110.71%
Secara purata ROI setahun adalah 110.71%/5 tahun = 22.14%
ROI PAJAKAN KERETA
Ok sekarang mari saya terangkan ROI untuk pajakan kereta sewa. Secara umumnya pihak syarikat saya membayar wang pajakan sebanyak RM 1600 setahun (RM 200 x 8 bulan). Jadi secara purata setiap bulan pemajak menerima RM 200 (RM 2400/12 bulan). Andaikata pemajak melabur wang berkenaan di dalam saham yang sama dengan kadar faedah 15% setahun. Berikut merupakan kadar jumlah yang terkumpul selepas 5 tahun.
Sekiranya diperhatikan pada rajah di atas ↑, jumlah wang yang terkumpul adalah sebanyak RM 17,714.90 selepas 5 tahun. Katakan selepas 5 tahun, kereta berkenaan tidak lagi sesuai disewakan memandangkan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi, maka kereta berkenaan hendaklah dijual. Andaikata kereta berkenaan telah susut nilai sebanyak 50% maka harga jualan adalah;
RM 45,000 – 50% = RM 22,500
Walau bagaimanapun kereta berkenaan masih mempunyai baki pinjaman di bank sebanyak
RM 54,675 – (RM 650.90 x 60 bulan) = RM 15,621
Jadi baki hasil jualan adalah RM 22,500– RM 15,621 = RM 6879
Maka setiap pihak akan mendapat bahagian masing-masing sebanyak
RM 6879/2 = RM3439.50
Secara keseluruhan pemajak akan mempunyai wang sebanyak
RM 17,714.90 + RM 3439.50 = RM21,154.40
ROI Pajakan Kereta
(RM 21,154.40 – RM 2250)/RM 2250 x 100% = 840.20%
Secara purata ROI tahunan pajakan kereta adalah 840.20/5 tahun = 168.04%
Sekiranya dibandingkan ROI untuk pajakan kereta adalah 7.5 kali ganda lebih tinggi berbanding saham. Menarik bukan, tetapi tunggu dahulu.
RISIKO BISNES KERETA SEWA
Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Alpianza Car Rental antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;
- Sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
- Strategi pemasaran yang berbeza daripada pesaing.
- Menapis pelanggan dan memberi fokus kepada pelanggan korporat.
- Mempunyai prosedur tuntutan insuran yang berkesan.
- Menyenarai hitam pelanggan yang gagal membuat bayaran (CTOS).
PERINGATAN
Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;
- Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat mentor saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
- Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
- Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.
Nampak menarik bagaimana untuk saya join
Salam
Nampak menarik.
Kalau saya nak join bisnes pajakan dgn syarikat Encik, apa yang perlu buat?
wassalam..saya dah emel
Salam Encik.
Nak tanya. Apa maksud pajakan kereta? Apa berlaku kalau memajak kereta?
Saya kereta VIOS Auto 1.5J
PKP. Masih cuti tanpa gaji. Mohon pencerahan.
wassalam..sila cek emel tuan
Saya ada Bezza 1.3 tahun 2019 .
Berminat utk dptkn maklumat pajakan
Boleh emel saya atau tekan link whatsapp.
Salam tuan, saya ada dua buah honda city S tahun 2017 untuk dipajak. Boleh bagi saya detail tak?
wassalam..sila check email
Salam..alza auto 2017..mcm mana nak pajak..
wassalam..sila check email
salam,saya ada mitsubishi triton 2.4 vgt 2015 boleh pajak ke?
wassalam..boleh
Saya ade alza 1.5 ez auto tahun 2014. Leh pajak tak?
kami ambil 2017 dan ke atas sahaja
Avanza (A) 2014 boleh ke?
boleh,sila check emel
Sy ada kereta sendiri model exora bold,tahun 2015,blh terima ke??
boleh..sila check emel
Jika kereta Nissan Almeira untuk pajakan terima ke tuan?
boleh..sy dah email tuan
Saya ada Viva 1.0 auto 2009. Ada tunggakkan ansuran selama 3 bulan. Insurance dan roadtax pun dah lupus bermula 4Sept 2019.
Bulanan RM375. Pinjaman credit ELK. Baru nak masuk bulan ke10. Boleh pajak ke?
Kereta tahun 2017 dan ke atas sahaja kami terima utk pajak.
Nak sewa kereta nak buat grab
Untuk grab tiada lagi.
saya ada kereta alza 2015 mileage 150k bole terima tak ?
boleh..klik >> http://AlpianzaPajakKereta.wasap.my
Saya ada kereta sendiri utk dipajak mcm mane.
boleh..kereta apa? sila check email