Serah Kereta Kepada Bank 2023|Tidak Mampu Bayar Ansuran Bulanan Kereta

serah-kereta-pada-bank

SERAH KERETA KEPADA BANK 2023

Tips sangat baik daripada Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

SEKIRANYA ANDA TIDAK MAMPU MENERUSKAN MEMBAYAR HUTANG KENDERAAN ANDA, JANGAN SESEKALI ANDA :-

– Serah kpd pihak ke-3 (Skim Sambung Bayar)
– Sembunyikan drpd pihak bank elak ditarik.
– Jual spare part atau sebagainya..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Cara untuk serahkan kereta kepada bank sekiranya tidak mampu bayar.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci & kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari daripada tarikh anda serah kepada bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari daripada tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong tadi akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda,sekiranya masih ada.

BANK TIDAK BOLEH TARIK KENDERAAN ANDA SEKIRANYA :-

1- Finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- Kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- Pada hari cuti umum

4- Selepas jam 9 malam.

-Ejen penarik kereta mestilah mempunyai Kad Autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

– Sekiranya si penarik kereta datang lebih daripada seorang, Mereka semua mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌‌?

Anda berminat untuk pajakkan kereta anda kepada kami ? sila klik terus gambar whatsapp dibawah ini :

https://www.facebook.com/selangorkeretasewa/ 

503 Replies to “Serah Kereta Kepada Bank 2023|Tidak Mampu Bayar Ansuran Bulanan Kereta”

  1. Salam tuan nak tanya, kereta saya Saga BLM beli pada tahun 2010…pada tahun 2016 sya telah diberhentikan kerja dan tak mampu nk bayar bulanan…baki terakhir ada lebih kurang 8k dan hingga sekarang masih tertunggak dan kereta saya simpan di kampung.
    Kalau saya nak pulang semula ke bank boleh ke sebab sudah terlalu lama….

  2. Serah balik kereta dkt bank akan ada kena penalti pape tak? Dan ada tak kemungkinan bank taknak terima kereta kita nak serah tu?

  3. Kalu nk surrender kereta preve,agak2 bole x?start loan dri 2015,byr bulan rm650,dri start loan smpai awal musim pkp,start musim covid,yg ada moratorium, public bank bg solution ,byr rm350 stiap bulan ,jdi tmpoh bulan btmbh,asalnya berbaki 5 tahun lg loan,tp dsbbkn solution byr rm350 stiap bulan ,loan kereta jd berbaki dlm 8/9 tahun cmtu .

  4. Heloo .. sy nk tye .. sy ade beli kereta .. kerete ade problem dan dah tak mmpu nak byar bulanan ..kalau sy nk pulangkam kt bank boleh tak ?

  5. Assalamualaikum encik, sy nak tanya kalau kereta AXiA manual sy baru beli tahun lepas bulan 8, Sekarang sy nak lelong Kat bank sebab sebelum ni husband sy yg pakai .. kami dah berpisah dia pulangkn balik kereta sbb nama sy. Tapi byk accessorise telah dipasang Dan diubah, seperti masuk radio then keluarkn balik radio, Ade Pasang central lock sendri bukan under PERODUA.. then dia dah cabut balik.. pihak bank Akan terima ke? Kereta sy ni?

  6. Pagi Tuan,

    Kereta saya dah accident sekali. Myvi SE 2006. Tak mampu bayar nak surrender kat bank aeon. Hutang 3 bulan belum bayar. Boleh ke saya surrender kat aeon? Rasa nya hutang masi ada dalam 23k. Dalam proses surrender ni, ade pape ke yang saya kena bayar? Lagi satu, saya kene personally pergi bank ke? Atau call je pon boleh?

    Terima Kasih Tuan.

    1. kena call Aeon dahulu dan jika surrender selalunya owner sendiri yang kena hadir untuk serah kereta.Baki hutang selepas lelong mungkin masih ada yang perlu diselesaikan.

  7. Hello tuan. Nak tanya. Contoh kalau saya nk surrender kereta dekat bank sebab tak mampu bayar tapi kereta pernah accident & katalah kereta dah takde nilai untuk dilelong sebab pernah accident, adakah bank akan suruh simpan kereta dan teruskan bayar bulanan macam biasa atau macam mana? Mohon pencerahan tuan. Tq

    1. Kereta masih ada “harga” cuma harga itu tidak setimpal sahaja jika keadaan kereta teruk.Lebih baik surrender dan bayar baki hutang pinjaman bank jika masih tunggakan.

  8. Hi. Sama keadaan macam nia. Sy juga nak tanya, kalau sy serah balik kereta pada bank sebelum keluar surat tarik, nama sy akan bersih ke daripada loan bank? Nama sy takkan disenarai hitam kan?

  9. Salam, saya ada kereta PRODUO ARUZ AV, Beli mid of year 2019, kereta baru. loan bank RHB 78k atas nama saya, yang bayar 8-9 bulan adalah sy, tp yang pakai adalah suami, bila suami x bayar sy y kena bayar sb bank call sy , rimas jadi sy pon bayar. skrg saya nak tolak pada bank kereta tu sb sy nak bersihkan nama sy pada bank. suami cakap nanti kena bayar banyak pd bank, so apa perlu sy buat. sy nak clearkan loan nama sy pada bank. sy dah tak sefahaman dgn suami untuk langkah keselamatan sy nak tolak kereta tu pada bank secepatnya. kereta x ada tunggakan. tapi 6 bulan ni moratorium stop bayar, dan bln 10 ni dah star sambung bayar mcm biasa. tolong bagi pandangan…

      1. Hello.. nak minta pandangan.. saya baru dapat kreta baru proton persona 2020.. xsampai setahun power windo dan air bag masalah.. dah berkali2 pegi dekat proton service tapi masalah yang sama xselesai sampai sekarang.. sekarang saya dah xberminat nak guna kreta tu.. kita beli kreta baru nak mcm baru.. tapi saya beli kreta baru, bila guna mcm kreta second hand pula.. so boleh ka saya pulangkan balik kreta tu kepadah proton? Antara dua sama ada proton pulangkan balik duit saya atau ganti kreta baru? Tolong beri pendapat.

        1. Kena jual kereta dan beli kereta jenama lain.Sebenarnya kamu tidak ada urusan lagi dengan proton kecuali untuk servis dan baiki sahaja.
          Proses yang melibatkan duit hanya berurusan dengan bank sahaja jika beli kereta secara pinjaman.

          1. Just mau ty TT.. Boleh x tolak kereta Proton Persona tu dgn bank utk dilelong?
            Apa prosesnya dan kos yg perlu ditanggung ‘owner ‘? Sekira owner sanggup pakai cara ini.

            Mohon penerangan tuan.

  10. saya nak tanya, saya baru call cimb bank sebentar tadi untuk surrender kereta. tapi menurut pegawai bank tu, bank tak ada buat servis surrender ya. macam mana ya encik? saya nak jual kereta mazda cx-5 saya buatan tahun 2016.

    Terima kasih.

    1. Helo, nk tnya . Sy ada krta P.myvi se1 thun 2008 . Kira nk surender byar keta ni and nk amb keta lain yg cash money lpas jual myvi ni yg msih ad ccm lg 4thn lbih mcm tu. Baki keta ni ad lg 19k lbih under aeon bnk .cmna caranya nk setelkan ya ? Mnta pncerahan dlu. Thnks

      1. Jika surrender kereta myvi tu masih ada baki hutang yg perlu diselesaikan.
        Beli kereta lain secara sekaligus tunai tiada kena kena mengena dengan surrender kereta pada Aeon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *