Kereta Sambung Bayar,Apa Risikonya?

KERETA SAMBUNG BAYAR,APA RISIKONYA ?

Adakah berbaloi jika beli atau jual Kereta Sambung Bayar 2023″. Bagaimana dengan risiko? Tidak dinafikan ramai yang beli kereta sambung bayar. Tetapi tahukah anda apakah risiko-risiko yang akan dihadapi jika membeli kereta sambung bayar?

Ada yang kata ada perjanjian, apa nak takut. Kalau berlaku apa-apa, perjanjian ini sah di mahkamah. Ya, nampak memang mudah. Hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa beli atau jual Kereta Sambung Bayar terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak diduga.

 

RISIKO KEPADA PENJUAL

1. TERBABIT KES JENAYAH

Jika pihak ketiga menyalahgunakan kenderaan anda untuk kegiatan jenayah, pemilik kenderaan asal, iaitu anda akan menanggung segala risiko. Salah langkah boleh menyebabkan anda selaku pemilik asal, didakwa.

2. SAMAN

Tahukah anda segala saman atau kompaun yang dikenakan terhadap kenderaan anda akan memberi kesan kepada pemilik kereta dan bukannya pihak ketiga yang membelinya?

3. PEMBELI TIDAK BAYAR ANSURAN

Anda harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang. Padan muka!

4. JUAL ATAS JUAL

Tahukah anda ada sesetengah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada A. Dua bulan kemudian, A jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada B dengan mengaut keuntungan atas angin.
Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?

RISIKO KEPADA PEMBELI

5. PEMILIK KENDERAAN MATI

Jika pemilik kenderaan meninggal dunia, pihak waris berhak meminta anda mengembalikan kenderaan walaupun ada perjanjian. Waris tidak peduli siapa anda.

 6. TIDAK DAPAT TUKAR NAMA

Anda sudah habis langsai ansuran, apakah anda yakin nama pemilik akan bertukar? Bagaimana jika pemilik kenderaan asal mahu ambil kembali kereta dia? Mahu larikan kereta?Mahu tidak mahu anda perlu serahkan kembali kenderaan itu.

7. KERETA TIDAK BOLEH JUAL KEPADA ORANG LAIN

Selagi nama pemilik tidak bertukar, anda tidak boleh jual kereta itu kepada orang lain walaupun hutang sudah langsai. Proses pertukaran hak milik memerlukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM sebelum menukar nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Untuk proses pertukaran nama, pemilik asal perlu hadir ke JPJ. Bagaimana jika pemilik asal sudah meninggal dunia? Jawapannya, gunalah kereta itu sampai akhir hayat. Itupun jika tiada mana-mana waris datang tuntut.

8. TIADA TUNTUTAN INSURANS

Apabila berlaku kemalangan total lost, kos ganti rugi akan diberikan terus kepada pemilik kenderaan. Apakah anda yang bayar ansuran setiap bulan akan menerima pampasan itu. Jawapannya, TIDAK MUNGKIN! Penat-penat bayar setiap bulan, akhirnya satu sen pun tak dapat.

 9. RISIKO DITUDUH KERETA CURI

Ada juga kemungkinan anda disyaki pencuri jika pemilik kenderaan buat laporan polis yang menyatakan kereta dia dicuri. Anda tunjukkan surat perjanjian kononnya sudah ditandatangani. Malangnya, itu bukan tandatangan sebenar pemilik asal. Dia menipu tandatangan! Akhirnya, anda dijemput ke tirai besi sambil dijamukan masak lemak cili api (kalau ada).

10. INGAT, SURAT PERJANJIAN TIDAK LAKU

Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, ia tetap tidak laku. Pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula.

“JAUHILAH SKIM KERETA SAMBUNG BAYAR”

https://pajakkeretasewa2018.blogspot.my/